Bermula kisah AE STUDIO SDN BHD

Asslammualaikum wbt

Setelah sekian lama menyepi di dalam blog. Mungkin ramai seperti saya. Saya pun tidak pasti kenapa minat di dalam membuat blog tiba-tiba menghilang. Sedangkan kita tahu ini adalah medium yang SECURE dalam alam maya ini. Saya pernah menonton satu video, cikgu tersebut cakap buat blog. Jangan tanya kenapa kerana bagi sayamesti ada sesuatu yang saya akan capai dengan mengikut apa yang guru katakan tanpa cuba mempersoalkannya. Mulai hari ini, tepat pukul 5 pagi selepas solat tahajud saya mulakan langkah pertama, untuk menjadi penulis setia bagi blog untuk syarikat yang telah saya bina selama 9 tahun. Pelbagai onak duri yang telah di lalui. 


Saya perkenalkan diri saya, berikut biodata diri saya


“SITI YOSNANI BTE ESA merupakan seorang usahawan yang kreatif. Dilahirkan pada 1 Mei 1982 merupakan siswazah jurusan seni lukis dan seni reka grafik dari UiTM. Mempunyai daya inisiatif dan sentiasa berdaya saing. Mempunyai pegangan dalam kehidupan bahawa jangan mudah mengalah dalam apa jua cabaran perniagaan. Positif, saling bantu membantu, berkeyakinan dan sentiasa amalkan sikap toleransi dalam kehidupan beliau. 
Membuat sesuatu tugasan mestilah mempunyai nilai-nilai estetika ataupun ada touch point supaya setiap acara yang diuruskan menjadi ingatan kepada sesiapa yang hadir. Pernah menguruskan acara untuk 15,000 orang dan mempunyai maklum balas yang sangat positif. 
Itu dapat membantu menambah nilai kehidupan orang lain. Mempunyai azam menngkatkan mutu dan kualiti yang sangat baik agar dapat menjadi yang terbaik. Konsep dan kata kunci yang digunakan segalanya tidak mustahil. Warna yang diminati adalah warna merah dan hitam iaitu warna yang jelas dan terang”.

SEJARAH RINGKAS AE STUDIO SDN BHD

Syarikat  ALLY & ELLY STUDIO  diasaskan oleh Puan Siti Yosnani Bte Esa pada 1 MAC 2007. Pada permulaannya beroperasi di No 55, Tingkat atas, Jalan Lumut, Taman Medan Sejahtera, Seri Manjung Perak. Pada ketika itu kami menggunakan pendaftaran syarikat atas nama EL’Y ADVERTISING SOLUTION. Ketika itu, kami berkongsi pejabat dengan syarikat lain. Atas beberapa faktor, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke alamat yang baru iaitu N6 atas Fasa 1C3 Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak. Di sini kami menggabungkan restoran, fotografi dan design di bawah satu bumbung. Maka tercetuslah MAHARANI PHOTOCAFE. Selain dari pelanggan boleh menikmati juadah yang kami sediakan mereka turut boleh melihat hasil-hasil karya dari kami di situ. Setelah beberapa tahun bertapak di situ kami bertekad untuk meluaskan empayar kami dalam bidang fotografi, design dan percetakan. 
Bagi faktor memperluaskan lagi syarikat kami telah memilih satu lokasi baru. 
Pada 1 OGOS 2012 kami telah membuat penjenamaan baru atas nama ALLY AND ELLY STUDIO (AE STUDIO). Kami telah memilih lokasi baru iaitu No.176 Persiaran PM/7, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung Perak. Ini kerana ruang kedai yang luas sesuai untuk memuatkan peralatan studio fotografi. Lokasinya yang strategik turut menjadi faktor utama kami memilih premis tersebut. AE STUDIO telah mengambil kedai lot 2 tingkat sebagai tapak perniagaannya yang baru. Dari masa ke semasa studio kami meningkat naik. Kos penyelenggaraan yang tidak terlalu tinggi menjadikan kami lebih selesa. AE STUDIO pada mulanya memfokuskan kepada fotografi perkahwinan sahaja. Namun lama kelamaan kami berkembang. Di sini kami telah menambah perkhidmatan   juruvideo, periklanan dan juga pembinaan laman sesawang di dalam perkhidmatan kami. Lebih menarik lagi kami telah menawarkan servis mengambil gambar dan video di dalam air (underwater) bagi mendapatkan kelainan dengan pesaing sedia ada.  Permulaannya AE STUDIO hanya mempunyai seorang sahaja pekerja namun kini sudah mempunyai 4 orang pekerja tetap dan bilangan pekerja sementara yang lebih dari 10 orang. AE STUDIO telah mengembangkan rangkaian perniagaan ke selatan tanahair iaitu di Melaka yang beralamat di No 1 Medan Niaga MBMB, Jalan Semabok, 75050 Melaka.
Pada sekitar tahun 2013 kami banyak terlibat di dalam perkhidmatan korporat di mana syarikat-syarikat korporat telah mula sedar bahawa penglibatan dari sudut fotografi, videografi dan periklanan adalah penting dalam penjenamaan syarikat mereka. Antara syarikat korporat yang terlibat adalah 
TNB JANAMANJUNG, SAPURA KENCANA PETROLEUM, YTY HOLDING, VALE dan lain-lain. Pada ketika ini, kami telah berpendapat untuk menaiktaraf syarikat kami dengan menyatukan kesemua servis kami kepada nama ALLY AND ELLY RESOURCES (11 DISEMBER 2013). Dengan adanya AE RESOURCES ini bidang perkhidmatan kami tidak hanya tertumpu kepada bidang fotografi dan videografi malahan pada 7 SEPTEMBER 2014, kami telah diberi kepercayaan untuk mengurus acara festival bagi syarikat BECHTEL CORP (SYARIKAT AUSTRALIA) dibawah naungan SAPURA KENCANA PETROLEUM. Festival yang diadakan ketika itu seramai 10,000 orang kehadiran. Kejayaan festival tersebut, sekali lagi kami diberi kepercayaan mengurus acara mereka pada tahun berikutnya (6 SEPTEMBER 2015) dengan diberi 100% urusan acara tersebut kepada kami. Bilangan kehadiran pada ketika itu ialah 15,000 orang. Pada ketika itu juga kami telah menambahkan satu lagi kepakaran kami iaitu perkhidmatan fotografi dan videografi menggunakan drone (udara). Servis ini bukan sahaja dapat mendapat sambutan untuk rakaman malahan kami telah mendapat peluang untuk membuat gimik perasmian acara. Ketika itu acara tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Y.A.B. DATO ZAMRY ABDUL KADIR. Selain drone, kami mengembangkan servis kami dengan menceburkan diri dalam LIVE STREAMING (MCP). Rakaman secara LIVE menggunakan lebih daripada 1 kamera di mana penonton boleh melihat rakaman mereka secara terus. Setiap acara yang kami uruskan, kami sering menitikberatkan unsur-unsur (TOUCHPOINT) yang akan memberi IMPAK POSITIF kepada mereka yang hadir. Dari bilangan pekerja sementara seramai 10 orang, di tahap ini kami sudah mempunyai 60 orang pekerja. Pada Januari 2017, AE STUDIO telah melonjak kesatu tahap lagi iaitu mendaftarkan syarikat kepada SDN BHD. Dengan terciptanya AE STUDIO SDN BHD ini, syarikat berharapdapat meningkatkan lagi kredibiliti dalam bidang berkaitan dan menjadikan syarikat lebih bersistem dan terjamin.

Dengan adanya syarikat kami ini, ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Ia juga memberikan warna warni di dalam setiap acara yang di adakan di sekitar kawasan kami. Kami juga membawa konsep mengambil jurufoto dan juga juruvideo sambilan di mana mereka mendapat ruang serta peluang di dalam arena ini. Bagi pemasangan pelamin untuk pengantin juga kami mengambil konsep vendor di mana mereka berpeluang meletakkan iklan-iklan mereka di studio kami. Begitu juga dengan pihak pemasangan kanopi. Mereka juga dapat membuat periklanan di tempat kami. Kami juga sering megadakan kelas-kelas fotografi, videografi design dan percetakan kepada penduduk setempat. Bagi kami, ilmu yang ada haruslah dikongsi agar ia mendapat keberkatan di masa akan datang. Selain itu, kami juga sering meguruskan acara untuk meraikan kanak-kanak di mana kami anjurkan program khas untuk kanak-kanak. Di situ kami bukan hanya mensasarkan hiburan semata-mata malahan di dalam keriangan tersebut kami selitkan unsur-unsur pendidikan. Ia salah satu cara bagi kami membuat kempen-kempen kesedaran tentang dunia kanak-kanak yang semakin mencabar di era teknologi it dihujung jari ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah sand art, pertandingan mewarna, adik comel, tayangan video kartun, edaran brosur kempen, inflatable, face painting, badut dan pelbagai aktiviti syurga kanak-kanak.  Dengan adanya krew yang ramai, kami sering membuat aktiviti CSR dikalangan kami antaranya sesi lawatan ke rumah anak-anak yatim di mana aktiviti untuk kanak-kanak akan kami bawakan ke sana agar dapat menceriakan mereka. Selain itu, program gotong royong di kawasan pantai juga kami anjurkan di mana kami namakan projek murni. 
Bermula dari bawah kami, telah memperluaskan perniagaan sehingga kami telah dikenali. Kami menunjukkan progresif syarikat periklanan, percetakan , fotografi, videografi dan pengurusan acara bumiputera yang mampu berdaya saing dan sofistikasi terhadap syarikat sedia ada. AE STUDIO dan AE RESOURCES turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta berdaftar dengan GST bagi memperkembangkan syarikat ke tahap yang lebih tinggi. Sehingga kini, kami semakin berkembang. 

Skop perkhidmatan yang kami sediakan ialah 

1. REKABENTUK KREATIF 
2. PERCETAKAN 
3. FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI 
4. AERIAL PHOTOGRAPHY DAN VIDEOGRAPHY 
5. UNDERWATER PHOTOGRAPHY DAN VDEOGRAPHY 
6. PEMBINAAN LAMAN SESAWANG 
7. JURURUNDING PERIKLANAN DAN PENJENAMAAN 
8. PENGATUR DAN PERANCANG MAJLIS 
9. MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP) 
10. GIMIK PERASMIAN 
11. CENDERAHATI, TSHIRT DAN UNIFORM 
12. KANOPI, DEKORASI DAN KATERING
13. KEPERLUAN ACARA

Comments

Popular posts from this blog

VMO (VISI MISI DAN OBJEKTIF) SYARIKAT AE STUDIO SDN BHD

SKOP PERKHIDMATAN AE STUDIO SDN BHD