SKOP PERKHIDMATAN AE STUDIO SDN BHD

Terdapat 13 pecahan utama dari skop






perkhidmatan kami

1. REKABENTUK KREATIF 
2. PERCETAKAN 
3. FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI 
4. AERIAL PHOTOGRAPHY DAN VIDEOGRAPHY 
5. UNDERWATER PHOTOGRAPHY DAN VDEOGRAPHY 
6. PEMBINAAN LAMAN SESAWANG 
7. JURURUNDING PERIKLANAN DAN PENJENAMAAN 
8. PENGATUR DAN PERANCANG MAJLIS 
9. MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP) 
10. GIMIK PERASMIAN 
11. CENDERAHATI, TSHIRT DAN UNIFORM 
12. KANOPI, DEKORASI DAN KATERING
13. KEPERLUAN ACARA
...........................................................

1. REKABENTUK KREATIF

Bertanggungjawab menghasilkan rekaan yang terkini, kemas dan mudah difahami. Sentiasa menitikberatkan kehendak pelanggan terdahulu dan kemudian akan merangka idea untuk merealisasikan apa yang dikehendaki mereka. Kebiasaannya art director kami akan membuat mind mapping dahulu bagi mendapatkan idea-idea yang segar (fresh) agar rekaannya akan menjadi lebih menarik dan kreatif
- Logo
- Identiti syarikat
- Rekabentuk kreatif untuk penghasilan album (custom) atau jalan cerita (storyboard) untuk video 
- Suntingan gambar dan video

2. PERCETAKAN

Percetakan yang dilakukan adalah hasil dari rekaan kreatif kami. Namun kami juga menerima tempahan berupa untuk percetakan sahaja. Seandainya pelanggan kami tidak mempunyai gambar, mereka boleh menggunakan khidmat kami sebagai jurugambar mereka. Antara bahan yang dicetak oleh syarikat kami ialah
- Buku
- Pamplet
- Brosur
- Poster
- Kad (perniagaan/perkahwinan/aturcara dan lain-lain)
- Buku Laporan Tahunan
- Buku Aturcara
- ID Card
- Stiker
- Newsletter
- Sampul Duit
- Kalendar dan Diari
- Bunting/Banner/Backdrop
- Custom Album
- Mockup Cheque
- Kanvas 

3. FOTOGRAFI

Dalam bidang fotografi kami menitikberatkan komposisi dan penggayaan kreatif. Setiap bakal pengantin akan ditawarkan beberapa pakej khas yang istimewa kepada mereka. Selain itu, gambar potret keluarga turut disediakan. Gambar-gambar tersebut boleh dirakamkan di studio dan juga di rumah atau di majlis pelanggan itu sendiri. (Kami mempunyai set fotografi mudah alih). Bagi korporat foto, ia lebih memntingkan ketepatan terhadap konsep yang diperlukan. Di dalam skop fotografi terdapat beberapa pecahan iaitu
- Foto panorama
- Foto produk
- Foto korporat
- Foto pertunangan, pra perkahwinan, majlis perkahwinan dan outdoor
- Foto keluarga, potret dan bayi
- Foto ulangtahun
- Foto ‘underwater’ / di dalam air dan aerial vew / melalui udara (drone)
- Foto berkumpulan dan pasport ekspress

3.1. VIDEOGRAFI

Videografi memerlukan satu pasukan yang kuat. Kerjasama antara pasukan amat 
dititikberatkan. Selain itu olahan cerita atau ‘story board’ hendaklah kreatif. Kami selalu mengamalkan perbincangan atau lebih dikenali sebagai ‘brainstorming’ bagi mendapatkan hasil yang sungguh menarik. Idea-idea yang terkini selalunya diolah mengikut kesesuaian cerita. 
Dalam skop videografi kami diketuai oleh seorang pengarah. Dalam skop ini terdapat beberapa pecahan 
- Video korporat
- Video keselamatan
- Video kisah hidup (travelog)
- Video testimoni
-Video dokumentari
- Video parodi dan video klip
- Video GMP
- Video pra perkahwinan dan perkahwinan
- Video pertunangan
- Video kisah cinta
- Video Slide
- Iklan Tv dan youtube
- Video ‘underwater’ dan ‘aerial view’

4. AERIAL VIEW FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI

Bagi skop ini kami memberikan perkhidmatan untuk mengambil gambar dan video melalui udara. Kaedah yang digunakan ialah menggunakan DRONE. Pemilihan kepada jenis PHANTOM 4 PRO adalah yang terbaik di dalam level drone. Ia menghasilkan gambar dan video secara hd. Dan hasil untuk video amat memuaskan hati kerana ia tidak mempunyai masalah jelly. Terdapat beberapa pelanggan kami yang memerlukan imej penuh dari udara. Ia dinamakan sebagai gambar atau video panorama. Melalui udara atau posisi dari atas imej yang dikeluarkan akan mendapat skala yang penuh. Permintaan gambar atau video dari udara semakin meningkat terutama kepada syarikat-syarikat korporat. 

5. UNDERWATER FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI

Untuk skop ini kami memberikan perkhidmatan mengambil foto dan video di dalam air. Skop ini sangat meluas. Bukan sahaja kepada pengantin namun kami turut menawarkan servis kami kepada syarikat perkapalan di seluruh Malaysia. Kami mempunyai sijil 
menyelam yang diperakui. Kami juga mempunyai peralatan menyelam dan juga kamera khas di dalam air. Ini merupakan satu kelebihan kepada syarikat kami yang sentiasa inginkan kelainan dari syarikat yang sedia ada.

6. PEMBINAAN LAMAN SESAWANG

Arus teknologi yang begitu pesat menjadikan kami lebih produktif iaitu menawarkan servis membina laman sesawang kepada syarikat yang 
berminat. Kami akan menawarkan khidmat nasihat kepada setiap syarikat mengikut kesesuaian perniagaan mereka. 
Ini juga sebagai langkah kami menyokong kepesatan teknologi IT di Malaysia. Berikut adalah alamat laman sesawang kami www.allyellystudio.com

7. JURURUNDING PENJENAMAAN DAN PERIKLANAN

Kami menawarkan perkhidmatan jururunding untuk penjenamaan dan periklanan kepada mana-mana syarikat yang masih tercari-cari identiti 
syarikat mereka. Kami akan memberikan cara terbaik dalam medium periklanan bagi memastikan penjualan produk atau servis perkhidmatan dapat diwar-warkan dengan maksimum.

8. PENGATUR MAJLIS

Servis yang kami tawarkan termasuk jurunding untuk konsep dan juga tema bagi sesuah majlis. Ia termasuk majlis perkahwinan, majlis makan malam formal, kem bina semangat dan juga majlis korporat. Kami akan megaturkan majlis tersebut mengikut tema yang telah ditetapkan. Kami akan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan agar membuat sesebuah majlis mengikut konsep dan juga tema mereka.Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk teambuilding di mana pelanggan kami akan meminta kami uruskan program teambuilding mereka termasuk kepada penginapan dan sajian.
9. MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP)

Perkhidmatan MCP digunakan di majlis-majlis yang memerlukan video secara live. Penggunaan kamera melebihi dari 1 sudut. Ianya akan dirakam terus sepanjang majlis berlangsung. MCP selalunya akan dikendalikan oleh 3 orang juruvideo dan seorang pengarah yang akan memastikan perjalanan setiap kamera nampak lebih menarik dan teratur

10. GIMIK PERASMIAN

10.1. 3D Projection Mapping
Skop ini merupakan satu bentuk perasmian yang baru di Malaysia. Ianya lebih kepada satu bentuk persembahan yang unik. Jika dahulu ia dipanggil sebagai montaj namun untuk projection mapping ini lebih kepada bentuk 3 dimensi. Ia menggunakan projektor dan juga perisian 3d. Ianya sesuai untuk pelancaran sesebuah majlis atau produk.

10.2. FLYPASS 
Bagi teknik ini, kami menggunakan drone untuk membawa sesuatu untuk kejutan kepada audience. Sebagai contoh drone membawa laser pointer dan dibawa ke arah vvip yang akan merasmikan majlis dan setelah vvip memotong riben, beliau akan merasmikan sesebuah majlis itu. Sama seperti pengantin juga, mereka boleh membuat kejutan dengan cara drone membawa cincin perkahwinan kepada pasangan mereka. Drone akan membawa cincin tersebut dan memakaikan kepada pasangan mereka. Apa yang lebih menarik di sini ialah semua moment tersebut live dan di rakam sepenuhnya.
Segala keperluan bagi gimik kami sediakan. Ianya termasuklah smoke machine, party set dan lain-lain.
11. CENDERAHATI, TSHIRT DAN UNIFORM

Kami turut menyediakan perkhidmatan percetakan kepada cenderahati, t shirt dan uniform. Kami mempunyai kepakaran dari sudut rekaletak sehingga kepada percetakan atau pengeluaran produk. Kami menggunakan teknik heat press dan silk screen. Antara produk cenderahati yang kami hasilkan ialah 
-Tshirt
- Cawan
- Button Bagde
- Jigsaw Puzzle
- Key Chain
- Mouse Pad
- Pinggan
- Bag
-Fridge Magnet
- Cloth Label 
12. KANOPI, BOOTH PAMERAN, DEKORASI DAN KATERING

Untuk kanopi dan katering, kami juga mempunyai perkhidmatan tersebut. Kami bukan sahaja membekalkan barang-barang kanopi dan kelengkapannya malahan kami akan menjadi jururunding kepada pelanggan kami untuk susunatur kanopi dan sebagainya. Kami juga akan meberikan pelanggan kami idea di dalam menentukan konsep dekorasi mengikut keperluan majlis mereka. Selalunya mereka akan meminta pihak kami menyenaraikan jenis-jenis dekorasi yang menjadi pilihan pelanggan. Kemudian kami akan menyesuaikan kepada konsep dekorasi pelanggan tersebut. Untuk katering, pelanggan kami berhak diberi tempoh untuk percubaan bagi menikmati hasil masakan kami. Kami juga akan menggunakan konsep yang sama seperti kanopi, di mana kami akan menjadi jururunding khas untuk pelanggan kami memilih menu yang mereka inginkan.

13. KEPERLUAN ACARA

Bagi skop ini, ianya lebih kepada pengurusan untuk aktiviti-aktiviti semasa event berlangsung. Di sini kami lebih menitikberatkan unsur-unsur yang boleh menjadikan orang yang hadir ke acara kami itu akan ingat sampai bila-bila. Kami akan masukkan unsur-unsur yang mempunyai ‘touch point’ agar acara itu akan nampak lebih bermakna. Antara aktiviti yang kami sediakan di sini ialah
- Sand Art
- Face painting
- Henna
- Badut
- Ahli Silap Mata
- Spa Kaki
- Reflexology
- Mesin Terapi
- Ikan Terapi
- Persembahan Artis
- Pertunjukan pentas seperti Roti Canai Terbang dan Cabaran Teh Tarik
- Candy Buffet
- Candy Floss dan Pop Corn
- Game Stall
- Photobooth
- Mini Teater
- Inflatable
- QMS Sistem (untuk lucky draw)
- Fruit Bar
- Freebies
- Pertandingan Mewarna
- Tenaga Kerja Berpengalaman
- Deejay dan PA Sistem
- Band
- Emcee
- Sistem pelaksaan
- Belon
- Dekorasi
- Sewaan Walkie Talkie
-Smoke Machine

Comments

Popular posts from this blog

VMO (VISI MISI DAN OBJEKTIF) SYARIKAT AE STUDIO SDN BHD

Bermula kisah AE STUDIO SDN BHD